Saturday, 30 May 2015

Profil syarikat

PROFIL SYARIKAT




  Syarikat “Fashionista Boutique” sdn.bhd merupakan salah satu syarikat perniagaan komersial yang menjual pelbagai jenis koleksi pakaian Muslimah yang bersesuaian dengan semua golongan iaitu daripada golongan remaja, dewasa, serta orang yang meningkat usia kerana syarikat ini menjual pelbagai pilihan dan corak yang dapat menarik minat pelanggan. Selain itu juga, turut menyediakan fesyen rekaan terkini dengan harga yang berpatutan dan berkualiti tinggi.
Syarikat “Fashionista Boutique” sdn.bhd ditubuhkan pada 27 March  2015 yang berpusat di Sungai Petani, Kedah. Syarikat ini ditubuhkan dengan kerjasama daripada lima orang rakan kongsi.
Ideal asal nama busana “Fashionista Boutique” dijadikan sebagai nama butik ini adalah kerana nama ini telah dipersetujui oleh lima orang rakan kongsi dan nama ini diambil sempena dengan wanita pada masa kini lebih sukakan fesyen muslimah yang kelihatan moden dan bergaya. Sasaran utama busana ini adalah untuk menjadi salah satu pengeluar produk tudung beg tangan , kasut dan  pakaian Muslimah  yang terkenal khususnya dikalangan masyarakat melayu. Kini produk yang dipasarkan bukan hanya terhad di kedai kami saja malah boleh dibeli secara online iaitu bagi memudahkan para pelanggan untuk melihat dan meninjau fesyen-fesyen tudung dan pakaian Muslimah terkini yang dapat menjimatkan masa dan tenaga pelanggan.
Selain itu juga, moto untuk syarikat kami ialah SELESA, SIMPLE DAN SOPAN, dengan penampilan yang digayakan sesuai dengan kualiti dan rekaan terkini yang dipamerkan untuk menyerlahkan keanggunan pemakai dan menampilkan ciri-ciri muslimah. Sungguhpun begitu, harga yang ditawarkan amatlah berpatutan dan mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat. Busana kami hanya memerlukan 10 orang pekerja bagi memasarkan pakaian Muslimah kami. Kebanyakan pakaian muslimh yang dijual telah diambil daripada stokis-stokis terkemuka seperti ABEL Online Shop yang mempunyai hubungan sebagai pembekal utama kepada busana kami. Oleh itu, ianya memudahkan kerja kami untuk mempromosikan produk-produk tersebut dengan kuantiti dan harga yang dapat memuaskan hati pelanggan serta dapat keselesaan dari pelanggan-pelanggan.